Blog

Google Website Translator Gadget

Chat




Zack dE gReAt

mE aNd mY LiFe

[READ]|[LEARN]|[SPREAD]|
zackhashim. Powered by Blogger.

Followers

My FB Fanpages

Contest

cLick..cLick..

Hidayah Milik Allah

Sunday, September 19, 2021 - - 0 Comments

Photo Credit : Berita Harian 

Zack terpaku di dalam kegelapan..
Tangannya terasa seperti diikat..
Dia tidak sedar.. Bagaimana dia boleh berada di situ..
Apa yang dia ingat ialah, dia sedang memandu kereta untuk pulang dari kerja.
Zack cuba menggali memorinya..
Hampa.....
Tiada sekelumit memori pun yang hadir menerjah neutron-neutron otaknya..
Saat dia hampir putus asa.
Kedengaran sayup suaranya dipanggil.
"Zack!!...oh Zack!!.. “. 
Zack memalingkan kepalanya kebelakang. 
Ada suatu lembaga yang menyerupainya.. 
"Siapa kau!!.. “tanya zack kehairanan.. 
"Tak perlulah kau tahu.. Siapa aku.. Hehehe..".. Ujar mahluk tersebut sambil ketawa.. 
"Aku kat mana ni??.." sambung zack.. 
Mahluk tersebut menyeringi ketawa... 
"HAHAHAHAHAHAHAHA..." 
Sejurus selepas mahluk itu ketawa.. 
Dalam sekelip mata.. 
Zack berada di sebuah lokasi yang baginya tidak asing.. 
Tempatnya memang zack kenal benar.. 
"kau kenal tempat ni? “tanya mahluk tersebut. 
Mahluk tersebut menunjuk kearah rak sejadah yang sudah dipenuhi sarang labah-labah.. Ada habuk di atas sejdah tersebut. 
Zack melutut menangis..
Kesal..dirinya merasa kesal.. 
Sepanjang hidupnya.. Dia lalai.. 
"Tapi.. Aku masih muda..nanti aku da tua, aku solat lah!!...“
Ujar zack mempertahankan dirinya.. 
" Sempat ke?Hehehe.. “ ujar mahluk tersebut sambil tersenyum sinis... 
Cahaya terang menyinari disegenap ruang.. 
Sedar-sedar.. Zack sudah berada di tempat lain.. 
" kau masih ingat tempat ni zack?.. “ujar mahluk tersebut sambil merubah dirinya menjadi pakcik tua berkaca mata hitam.. 
Zack melihat dirinya di sebuah warung.. Ada seorang pakcik tua yang buta bertongkat sambil di temani seorang wanita lewat usia di belakang nya.. Mereka berdua membawa tisu kecil di dalam raga.. 
Zack tahu kejadian tersebut.. Sekali lagi, dia cuba mempertahankan dirinya.. 
"Pakcik tu scam!!.. Memang tak la dia nak dapat rm1 aku!!..“ bentak zack. 
" hehehehehe.. Ya aku tahu pakcik tu scam.. Dan.. Untuk pengetahuan kau, perbuatan dia.. Penipuan dia.. Itu urusan tuhan mu...bukan urusan kau.. Siapakah kau untuk mengherdik dia di khalayak ramai.. Tidak cukup kau herdik dia.. Malah kau tolak orang tua tu sampai jatuh... Hehehehehe".. Jawab mahluk tersebut. 
"Kau pun tahu kan.. Sejurus dia bangun, dia masih berlakon buta!!.." sambung zack.. 
"Ya.. Aku tahu tu semua.. Seperti yang aku bagitahu.. Itu bukan urusan mu.. Hehehe..." mahluk tersebut hanya tersenyum sinis. 
Cahaya semakin kuat memancar.. Kali ini, zack dibawa ke lokasi lain. 
Kali ini, zack tiada dalam peristiwa tersebut. 
Ada dua wajah yang jika diamati, zack cukup kenal dengan wajah tersebut.. 
"Mak!!.. Abah!!... “jerit zack.. 
Tetapi.. Jeritan tersebut tiada siapa pun dengar..
Zack menghampiri mak dan abahnya.. 
Bait-bait perkataan yang keluar dari mulut mak dan abahnya.. Di dengari satu persatu.. 
" Maknya.. Ada si zack telefon kamu? “tanya bapanya. 
" tak adalah bapaknya.. "jawab maknya. 
" entah sihat ke tidak si zack tu.. Dah makan ke belum.. Hmmm".. Keluh bapanya.. 
" xpe la bapaknya..saya telefon ya" maknya terus mendail butang kekunci telefon nokia torchlight.. 
"hello... Zack? “emaknya memanggil zack... 
" hello mak... Kenapa mak telefon ni... Zack sibuk la mak!!... Kan zack dah bagitahu.. Jangan call zack!!.. Haish mak ni!!.. Tuttt.. Tuttt.. Tuttt.. "zack terus meletak telefon.. 
Emaknya yang terkejut.. Meneruskan perbualan.. 
" zack.. Zack sihat nak? Bila zack nak balik?.. Oh.. Minggu depan ya... Iya laaa.. Bapak kau sihat.. Iya.. Mak pun sihat.. Zack jaga diri dekat sana ya.. Solat jangan tinggal..iya.. Nanti emak sampaikan salamnya tu.. "emaknya meletak telefon.. 
" bapaknyaaa... Anak kamu kirim salam..saya nk ke dapur, buatkan kopi"bohong emaknya.. 
"iyalah.. Waalaikumsalam..." sambung bapanya.. 
Emaknya berlalu pergi.. Air mata emaknya membasahi pipinya yang sudah dimamah usia..
Zack yang melihat kejadian tersebut.. Tidak mampu berkata apa-apa.. 
Kini zack sedar.. Dia telah melakukan banyak kesilapan.. 
Zack mencari mahluk tersebut.. 
Tiada.. 
Mahluk tersebut hilang dalam kegelapan.. 
Zack berlari-lari.. Dengan tangan yang terikat..
Zack menjerit seperti orang gila.. 
Tiada siapa pun mendengar jeritan tersebut.. 
Dia penat.. Dia terduduk.. Membisu.. 
Tanpa dia sedar.. Ada air hangat mengalir di pipinya. 
Dia teresak-esak.. Memanggil emaknya.. 
Dia menjerit sambil menangis.. Memanggil bapanya.. 
Sayuppp... Kedengaran.. Suara maknya.. Suara bapaknya.. 
"zack.. Zackk.. Bangun nakkk.. Ni makk..." suara emaknya.. 
"INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYAKUN.." suara bapanya sedang membaca yasin.. 
Dia cuba membuka mata.. Lampu sorot menyuluh matanya.. Dia cuba menghadang lampu tersebut menggunakan tangannya.. Gagal.. 
Dia gagahi untuk berpaling.. Kelihatan maknya bersama bapanya duduk tidak jauh dari katil nya. 
Dia menangis... Menangis seperti seorang bayi yang baru lahir... Bersahut-sahutan bersama emaknya.. 

Zack mengalami kecederaan parah dan berada didalam koma selama 2 bulan setelah kereta yang dipandunya terbabas memasuki lorong bertentangan sewaktu pulang dari tempat kerja . Polis yang menyiasat kemalangan tersebut mengklasifikasikan bahawa kemalangan tersebut berpunca dari zack yang memandu ketika mengantuk/letih. 

~ The End ~