Blog

Google Website Translator Gadget

Chat




Zack dE gReAt

mE aNd mY LiFe

[READ]|[LEARN]|[SPREAD]|
zackhashim. Powered by Blogger.

Followers

My FB Fanpages

Contest

cLick..cLick..

Misteri Jam 12

Monday, November 30, 2009 - - 0 Comments

Misteri Jam 12





Di suatu malam yang dingin,kelihatan seorang gadis berjalan seorang diri keluar dari bangunan 20 tingkat yang gah tersergam indah menuju ke arah sbuah perhentian bas,lalu menahan teksi..
“nak kemana dik?” Tanya pemandu teksi tersebut. 
“hantar saya ke Gombak boleh bang?”
“boleh,naik lah..”
Semasa di dalam teksi.
“berani jugak cik balik lewat-lewat malam cam ni ye?” pemandu teksi itu memulakan bicara untuk mengelakkan kebosanan.
“nak buat macam mane bang,kerja banyak tadi..kalau tak siapkan cepat,bertimbun-timbun la kerja kat office tu nanti..”
“ohh..saya bukan ape,..yela..zaman sekarang ni..perompak,perogol,peragut..macam-macam ade..”
“saya tau tu bang..tapi..saya pun bukan selalu balik lewat-lewat macam ni..ni baru je first time..err..bang..turunkan saya kat depan tu ye..”ujar ina sambil menuding jari kearah flet setinggi 25 tingkat didepan nya..
“oh..kamu duduk sini ye?”
“iye bang..berapa ringgit bang?”
“hurm..rm15 je..”ujarnya selepas melihat bacaan meter di bawah radio.
“nah..”ujar ina sambil menghulur 2 keping note RM10..
“alamak..abang pun tak de duit kecik ni..takpa lah..abang kira RM10 je la..”ujarnya sambil menghulurkan kembali note RM10 tersebut..
“terima kasih ye bang..”ina mengambil kembali duit tersebut sambil melemparkan senyuman kepada pemandu teksi tersebut..
“sama-sama”Ina berlalu masuk sebaik saja teksi tersebut berlalu pergi..dia terus kearah lift..sebaik sahaja dia tiba ke lift..die menekan butang keatas..sebaik sahaja pintu lift terbuka..dia pun masuk sambil menekan butang 13..keadaan yang suram dan sunyi didalam lift membuatkan bulu romanya meremang..
“ding”
Pintu lift tersebut terbuka..sebaik sahaja dia melangkah keluar,tiba-tiba lampu-lampu disitu terpadam..hampir saja ina menjerit ketakutan..tetapi..keadaan menjadi tenang apabila lampu tersebut kembali menyala..yang anehnya..keadaan di kaki lima tersebut berubah!!..ina bukan lagi di flet tempat dia tinggal..tetapi..dia di kawasan yang seperti sudah berapa bulan ditinggalkan..ina kembali ke lift..namun..apa yang dapat dilihatnya..lift tersebut seakan tidak wujud sama sekali..dia semakin takot…ditambah pula dengan bunyi tapak kaki sayup-sayup berlalu di cuping teling nya..untuk mendapatkan kepastian,ina cuba memberanikan diri menoleh ke belangkang..namun,tiada sesiapa pun dibelakangnya..

Ina cepat-cepat kearah tangga kecemasan yang ada berdekatan dengan lift..sebaik sahaja dia berjaya ke tingkat 1,dia terus mencari pintu keluar dari bangunan asing tersebut..kelihatan seorang guard duduk dikerusi sambil menghisap rokok berdekatan dengan post kawalan..

“pakcik..pak cik..tolong saya..”ujar ina sambil menangis teresak-esak..
 Guard tersebut hanya mendiamkan diri..sambil tersengih…
sesekali menhembus asap rokoknya ketepi..
Sebaik saja ina sampai kearah guard tersebut..lampu terpadam sekali lagi..
“arggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…”
Kedengaran suara ina menjerit di dalam kegelapan tanpa ada sesiapa pun mendengarnya..
Selepas beberapa minit kemudian,keadaan menjadi sunyi semula..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokkan paginya..di lokasi berdekatan..

“eh..minah..ko ade bau tak?”
“a’ah la siti..bau ape ni ye?”
“entah la..macam bau bangkai kucing je..jom kita tengok..”
“hish..tak mahu la aku..takot aku..”
“alah kau ni..penakut betul lah..aku kan ada..jom la..”
“yela..yela..kat sana kot..”
“argghghghhhhhhhhhh..”
Mereka berdua berlari sekuat hati sambil melemparkan raga sayur yang dijinjitnya tadi..
Tidak sampai 10minit,keadaan menjadi kecoh..pihak polis,bomba dan wartawan sibuk menjalankan tugas masing-masing..
Disuatu tempat yang tidak jauh,kelihatan pihak polis menyoal para saksi..
“macam mana makcik boleh jumpa dengan mayat tersebut?”
“makcik dengan kawan makcik ni hah..lalu kat sini sebab nak pergi pasar sane tu..nak beli ikan dengan sayur-sayur” ujar makcik tersebut sambil menuding jarinya kea rah pasar berdekatan..
“bagaimana keadaan mayat semasa makcik mula-mula menjumpainya?”
“hish..teruk dah..macam dah 3 4 hari kene tinggal..dia kena bunuh ke?”
“itu saya xdapat nak bagitahu..tapi pihak kami masih membuat siasatan..terima kasih kerana membantu kami menjalankan siasatan..kalau ada ape-ape masalah lagi,kami akan hubungi mak cik lagi ye…”
“err..buleh..buleh..mak cik xkisah pun..”
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di sebuah rumah teres,kelihatan sebuah teksi memasuki perkarangan disalah sebuah rumah disitu..
Dia memasuki rumah tersebut selepas beberapa kali mengeliat..penat benar keadaan nya..
Dia duduk di sofa sambil mencapai remote Tv yang berada diatas meja..
"Berita terkini,seorang gadis lewat 20-an ditemui mati di hadapan sebuah apartment tinggal..pihak polis yang ada mengklasifikasi kan kes ini sebagai kes bunuh diri ekoran tiada kesan rompak,kesan pergelutan,dan juga kesan rogol..mayat yang dipercayai telah berada disitu selama 2 atau 3 hari berikutan keadaan mayat yang ditemui..pihak polis berjaya menhubungi waris berdasarkan kad pengenalan yang ditemui di dalam beg duit mangsa..”
Skrin tv memaparkan kad pengenalan mangsa..
“ehh..ni awek yang aku bawa semalam..2 3 hari mati???”
Seketika itu juga..bulu romanya meremang..peti telivisyen masih lagi memaparkan suasana di tempat kejadian…ada yg melihat, ada yg sedang bercakap di telefon bimbit, ada yg menangis, ada yg sedang menekup muka, dan ada yg hanya melihat dari jauh sambil menggeleng2kan kepala..

Sejurus hembusan angin sepoi2 bahasa meniup kearah kelompok manusia yg masih tidak mengerti...
Apakah yg terjadi sebenarnya?Apakah yg berlaku sebenarnya?
Benarkah Ina telah membunuh diri?
Benarkah kejadian bunuh diri benar2 berlaku?Atau .............

Kita begitu cepat mempercayai setiap apa yg direncanakan...Entah benar...entah tidak..Benarkah ketulenan setiap rencana yg diutarakan di media?Disebalik kejadian pasti ada sebabnya..sebab yang kita sendiri tidak pasti..








This entry was posted on 7:17 AM and is filed under Short Storie'z . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: